Monday, September 5, 2011

6 langkah awal menjadi kaya

Terdapat 6 kaedah praktikal yang boleh digunakan untuk mencapai keinginan menjadi KAYA, iaitu:

  1. Tetapkan nilai wang yang kita mahukan. Jangan sekadar berkata, "Aku mahu beberapa ribu ringgit sahaja." Pastikan anda telah membuat penetapan dalam menentukan nilai wang yang anda mahukan.
  2. Menentukan dengan tepat apa hasrat yang ingin anda berikan sebagai balasan memperolehi wang yang anda inginkan.
  3. Menetapkan tarikh yang pasti apabila anda berhasrat untuk memiliki wang yang anda inginkan itu.
  4. Mewujudkan satu pelan yang pasti untuk melaksanakan keinginan anda serta merta, sama ada anda bersedia atau tidak untuk melakukannya.
  5. Menulis dengan tepat dan jelas jumlah wang yang anda mahu perolehi, tentukan had masa untuk anda mencapainya, apakah balasan yang anda mahu berikan selepas memiliki wang yang anda inginkan dan huraikan dengan jelas rancangan yang anda mahu laksanakan untuk mencapai keinginan anda.
  6. Baca pernyataan yang anda telah buat dengan KUAT, dua kali sehari, satu pada waktu siang dan satu lagi pada waktu malam. SEMASA ANDA MEMBACANYA, SILA LIHAT DAN RASA DAN PERCAYA BAHAWA ANDA KINI SUDAHPUN BERADA DALAM KEADAAN MEMILIKI WANG YANG ANDA INGINKAN!